TIPS DAN DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI
PEPERIKSAAN UPSR
Assalamualaikum wbr tuan/puan,
Pastinya ibu bapa punya perasaan risau dan bimbang kerana anak-anak bakal atau sedang menduduki peperiksaan. Ya, hari ini adalah permulaan hari peperiksaan UPSR 2018. Maka, saya kongsikan sedikit tips dan doa sebagai panduan untuk kita amalkan.
- Perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
- Buat air penawar (lebih afdhal ibu bapa yang buat sendiri). Caranya mudah sahaja :
- ambil air kosong/masak
- bacakan surah alfatihah seberapa banyak kali pun dengan menyebut nama penuh anak (bacakan doa dan niatkan dengan bersungguh-sungguh
- tiupkan ke air tersebut
- beri anak minum air tersebut (boleh juga suruh anak bawa air tersebut untuk diminum bila-bila masa)
- Perbanyakkan doa terutama disetiap kali selepas solat
Semoga anak-anak akan lebih tenang menjawab soalan dan diberi petunjuk yang benar.
Selamat Maju Jaya!
No comments:
Post a Comment